Wednesday, March 7, 2012

MAHMOUD AHMADINEJAD

(temu bual Presiden Iran Mahmoud Ahmainejad dgn wartawan majalah Newsweek Lally Weymouth,berikut merupakan adaptasi drp temu bual bkenaan yg diadakan di New York,swaktu beliau menghadiri salah satu acara Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB))

Adakah anda akan menghentikan proses pembinaan dan pembesaran loji nuklear di Iran berikutan desakan Amerika Syarikat dan beberapa negara sekutunya?
Mengapa kami harus akur dgn desakan berkenaan?tidak ada peruntukan pun dlm perjanjian Nuclear Non -Proliferation Treaty(NPT) yg membolehkan AS menghalang kamii drp membina dan mengembangkan kuasa nuklear kami sendiri.Semua negara yg menyertai perjanjian berkenaan mempunyai hak utk membina teknollogi nuklear yg akan digunakan sebagai kuasa alternetif utk keperluan perindustrian negara mereka.

Tidakkan anda pernah berfikir atau mempunyai niat utk menjernihkan hubungan Iran dgn AS?
Kami mmg ingin menjalinkan hubungan baik dgn semua Negara,namun pentadbiran AS atau White House tidak menunjukkan minat ke arah itu.Mereka ingat mereka memiliki semua dunia ini,dan mereka bercakap di atas keyakinan berkenaan serta memandang rendah org lain.Terdapat sesetengah ahli politik di AS yg melihat bahawa projek pengembangan nuklear kami blh dijadikan alasan utk menekan Iran.Namum mereka silap.Sebagai negara yg pernah membina bom nuklear dan menggunakannya,AS tdak blh mendakwa bhwa mereka kini mahu menghentikannya.

Adakah anda benar-benar serius apabila anda membuat kenyataan bahawa Israel perlu dihapuskan drp muka bumi ini?
Kita perlu melihat keadaan di Timur Tengah,dgn peperangan selama 60 tahun,60 tahun tidak mempunyai suara di  peringkat antarabangsa serta konflik yg berpanjangan.Boleh dikatakan tidak sehari pun hari yg aman.Kita perlu menyelesaikan masalah ini dgn melihat kpd akar permasalahan.

Jadi anda berpandangan bahwa Israel adalah akar masalah itu dan perlu dihapuskan?
Cadangan kami adalah jelas.Berilah peluang kpda penduduk Palestin utk menentukan masa dpn mereka dlm pilihan raya mahupun referendum yg adil.Semua pihak harus menerima keputusan referendum itu nanti.Tapi apa yg berlaku,tanah Palestin kini diperintah oleh mereka yg tidak mempunyai hak sama sekali ke atasnya.


Tapi anda pernah membuat kenyataan bahawa Israel perlu dihapuskan drp muka bumi ini.Adakah itu yg anda percaya?
Saya telah membuat kenyataan yg jelas,dan kita lihat peta Timur Tengah sejak 70 tahun lalu.

Jadi jawapan anda adalah "ya" (bahawa israel perlu dihapuskan)?
Adakah temu bual kita ini satu ujian atau peperiksaan(sehingga terpaksa menjaawb soalan anda)?Saya nak tanya anda pula,tidakkah anda mengormati hak rakyat Palestin utk mempertahankan negara merka sendiri?sila jawab,ya atau tidak?

Jika rakyat Palestin bersetuju utk menubuhkan dua negara (Palestin&Israel) di tanah mereka sebagai jalan penyelesaian konflik ini,adakah anda akan menyokong penyelesaian berkenaan?
Buat masa ini Israel sedang menjajah Palestin.Mereka bukan berasal dari Palestin.Jadi mereka mesti kembalikan negara berkenaan kpda yg hak.

Anda juga pernah membuat kenyataan bahawa kisah pembunuhan beramai-ramai rakyat yahudi di German(holocaust) adalah kisah yg digembar-gemburkan.Apakah anda masih berpendirian begitu?
Yalah..ini kisah sejarah dan berapa ramai yg mati,itu tak penting.Tetapi kenapa mereka yg mempersoalkan kejadian berkenaan akan dimarahi dan diperlekehkan?

Mengenai krisis di Iraq.Baru-baru ini Perdana Menteri Iraq Nuri al-Maliki memohon bantuan anda utk menyelesaikan masalah pokitik dalaman ngara itu.Adakah anda membantu?
Kami telah menyokong kerajaan Iraq sejak drp awal penubuhannya,dan kami akan terus menyokong proses pemulihan politik Iraq.

Ramai yg berpendapat bahawa keputusam AS menyerang Iraq adalah kerana Bush merasakan Iraq kini semakin kuat berbanding sebelumnya.Apa pendapat anda?
Anda fikir akan wujud bnyk masalah jika Iran menjadi sebuah negara yg kuat di rantau ini?jika kami menjadi sebuah negara yg kuat,ini akan memberi banyak kelebihan kpda rantau ini,kerana Iran adaalah sebuah negara yg mempunyai asas kebudayaan serta tamadun yg mantap dan sentiasa berada dlm keamanan.

Adakah anda akan terus menyokong kumpulan pengganas seperti Hamas dan Jihad Islan Palestin?
Kenapa anda gelar mereka pengganas?Jika ada kuasa tiba-tiba menjajah AS dan rakyat Amerika bangkit menentang penjajahan itu,adakan anda akan menggelar rakya Amerika yg berjuang itu sebagai pengganas??


Saya katakan mereka pengganas kerana mereka turut membunuh owg awam (Yahudi).
Rakyat Palestin mempunyai hak utk hidup.Gaza dibom bertalu-talu.Rumah-rumah owg awm dimusnahkan (seolah-olah Israel sahaja yg blh membunuh owg awam).

Apakah yg anda mahu AS lakukan?
Saya telah menghantar surat yg menjelaskan apa yg harus Bush lakukan.Saya harap dia memahami apa yg saya maksudkan apabila saya katakan bahawa dia(Bush) harus mengubah sikap dan perangainya.Kami juga sebenarnya tidak suka melihat perasaan atau sentimen benci beliau kedengaran hampir setiap hari di serata dunia.


Berani anda ckp kpda Presiden kami(Bush) supaya mengubah perangainya sedangkan anda kini berada di New York?
Kami hanya mempertahankan maruah kami.




(dipetik dari Majalah Haluan Jun/Julai 2007)

No comments:

Post a Comment