Wednesday, December 28, 2011

Tujuh perkara yg menyebabkan doa ditolak

Seseorang telah bertanya kepada seorang alim:'mengapakah kami berdoa tetapi tidak juga diterima,padahal Allah telah berfirman yg bererti:"berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku memperkenankan permohonan kamu itu".

Hakim itu pun menjawab:'kamu telah melakukan 7 perkara yg menyebabkan doa kamu ditolak..iaitu..

1)melakukan amalan yg memurkakan Allah dan tak bertaubat serta menyesali
2)kamu membaca al-Quran,tapi tak perhatikan dan mengamati perintah2 dan laranganNYA
3)kamu telah berkata:"kami hamba Allah",tetapi kamu tak mentaati sebagaimana taatnya seorang hamba kpda tuannya.
4)kamu mengaku sebagai umat Muhammad,tetapi tak mengamal sunnahnya.
5)kamu mengaku bahawa dunia ni tak berharga di sisi Allah walaupun sebesar sayap nyamuk,tetapi kamu seronok dan tenteram dengannya.
6)kamu kata dunia ini akan hilang,tetapi kamu berbuat seakan-akan kamu akan hidup selamanya.
7)kamu mengaku bahawa akhirat lebih baik drp dunia,tetapi kamu tidak bersungguh2 mencari bekalan akhirat   

No comments:

Post a Comment