Wednesday, July 18, 2012

Hukum Puasa Selepas Nisfu Sya'ban


Masih ramai kalangan orang awam yang keliru dengan hukum berpuasa selepas hari Nishfu Sya'baan (15 Sya'baan).
Ramai yang tidak tahu bahawa menurut qawl yang mu'tamad dalam Mazhab Syafi'i hukum berpuasa selepas Nishfu Sya'baan adalah HARAM DAN TIDAK SAH dengan beberapa pengecualian yang akan datang penjelasannya. Kekeliruan mungkin disebabkan mazhab-mazhab lain mempunyai pendapat yang berbeza dengan Mazhab Syafi'i berdasarkan kepada ijtihad mereka. Ulama Syafi'i mengistinbathkan pengharaman berpuasa tersebut berdasarkan beberapa dalil termasuklah hadits-hadits Junjungan Nabi SAW. Antaranya apa yang diriwayatkan dalam "Sunan at-Tirmidzi", juzuk 2, halaman 183, bahawa Junjungan Nabi SAW bersabda sebagai berikut:-
"Telah diberitakan kepada kami oleh Qutaibah, telah diberitakan kepada kami oleh 'Abdul 'Aziiz bin Muhammad, daripada al-'Alaa' bin 'Abdur Rahman, daripada ayahnya, daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a. yang telah berkata: Telah bersabda Junjungan Rasulullah SAW:
"Apabila tinggal baki separuh dari bulan Sya'baan, maka janganlah kamu berpuasa"
 [ HR At-Tirmidzi ]
Dan telah berkata Abu 'Isa (yakni Imam at-Tirmidzi): "Hadits Abu Hurairah ini adalah hadits hasan shohih dan tiada kami ketahui akan dia melainkan dengan wajah (riwayat) ini atas lafaz ini."
Selain daripada hadits di atas, Imam Abu Daud turut meriwayatkan dalam sunannya sebagai berikut:-
Daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a. bahawasanya Junjungan Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila masuk separuh bulan Sya'baan, maka janganlah kamu berpuasa."
 [ HR Abu Daud ]
Imam ash-Shan'ani dalam "Subulus Salam" juzuk 2, halaman 345 menyatakan bahawa hadits ini adalah hasan shohih di sisi para muhadditsin selain Imam Ahmad. Imam Ahmad mendhoifkannya kerana bagi Imam Ahmad perawi yang bernama al-'Alaa' bin 'Abdur Rahman adalah perawi yang dhoif. Menurut kajian Imam ash-Shan'aani, pendapat Imam Ahmad tersebut adalah tidak tepat kerana al-'Alaa' bin 'Abdur Rahman adalah seorang perawi yang hadits-hadits yang diriwayatkannya diambil oleh Imam Muslim dan selanjutnya Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani dalam "at-Taqrib" menghukumkan al-'Alaa' bin 'Abdur Rahman ini sebagai seorang perawi yang shaduuq (benar atau kepercayaan).
Sungguhpun dihukumkan haram, tetapi pengharaman berpuasa pada nishfu kedua bulan Sya'baan ini tidaklah mutlak seperti pengharaman berpuasa pada 5 hari yang diharamkan secara mutlak berpuasa, iaitu 2 hari raya dan 3 hari tasyriq. Pengharaman berpuasa pada hari-hari nishfu kedua Sya'baan dan hari Syak tidaklah mutlak kerana ianya mempunyai pengecualian.
Maka hukum HARAM DAN TIDAK SAH puasa yang dilakukan selepas nishfu Sya'baan (iaitu selepas tanggal 15 Sya'baan) mempunyai PENGECUALIAN seperti berikut:-
1. Puasa sunnat tersebut disambungkan atau dihubungkan dengan hari-hari yang berada di nishfu pertama.
(separuh pertama) bulan Sya'baan walaupun dengan hanya satu hari sahaja (yakni dihubungkan dengan berpuasa pada hari 15 Sya'baan) dengan syarat ianya hendaklah berterusan sehingga Ramadhan, jika terputus walaupun dengan uzur maka tidaklah boleh disambung lagi puasa tersebut. Contohnya, jika seseorang berpuasa sunnat pada 15 Sya'baan, maka bolehlah dia berpuasa pada 16 Sya'baan dan hari-hari berikutnya. Tetapi katakanlah setelah berpuasa pada 15, 16, 17 dan 18 Sya'baan, dia tidak berpuasa pada 19 Sya'baan, dengan atau tanpa uzur, maka tidaklah boleh lagi dia berpuasa sunnat pada 20 Sya'baan dan hari-hari yang berikutnya sehinggalah Ramadhan.

2. Puasa sunnat tersebut telah menjadi amalan biasa seseorang.
(yakni yang telah dijadikan wirid kebiasaannya). Contohnya, seseorang yang telah membiasakan puasa pada setiap Isnin, maka tidaklah jadi halangan untuk dia meneruskan kebiasaannya itu.

3. Puasa qadha' samada qadha puasa fardhu atau qadha puasa sunnat yang berwaktu.

4. Puasa kaffarah atau puasa nazar dengan syarat ianya tidak dilakukan dengan sengaja dan dengan tahu yang hari yang dinazarkan itu adalah hari-hari nishfu kedua bulan Sya'baan.
Misalnya, seseorang bernazar hendak berpuasa pada hari Khamis minggu hadapan tanpa menyedari bahawa Khamis hadapannya sudah masuk dalam nishfu kedua Sya'baan, maka bolehlah dia berpuasa pada Khamis tersebut. Maka jika sekiranya dia tahu yang Khamis tersebut adalah dalam nishfu kedua bulan Sya'baan, maka tidaklah boleh dia berpuasa dan tidaklah sah nazarnya itu.



Inilah perincian hukum bagi puasa yang dilaksanakan setelah nishfu Sya'baan menurut Mazhab Syafi'i yang menjadi pegangan kita, sebagaimana yang tersebut dalam kitab-kitab fiqhnya. Antaranya dalam "Anwarul Masaalik syarah 'Umdatis Saalik wa 'Uddatin Naasik" karya Syaikh Muhammad az-Zuhri al-Ghumrawi rahimahUllah yang menyatakan pada halaman 125 seperti berikut:-
(Dan haram berpuasa [sunnat] pada hari-hari selepas nishfu Sya'baan, jika sekiranya puasa tersebut tidak berbetulan dengan adat kebiasaan seseorang) sebagaimana yang telah disebut terdahulu ketika perbincangan tentang hari Syak, (dan [puasa tersebut] tidak berhubung / bersambung dengan hari yang sebelumnya) iaitu tidak bersambung puasa pada nishfu yang kedua [bulan Sya'baan] dengan berpuasa pada separuh yang pertama bulan tersebut. Maka jika sekiranya puasa tersebut berbetulan dengan adat kebiasaan baginya atau dihubungkan [dengan hari-hari separuh pertama Sya'baan], sahlah puasa tersebut dan hilanglah keharamannya.
Imam Ibnu Hajar al-Haitami rahimahUllah menulis dalam "al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah", jilid 2 halaman 82, sebagai berikut:-
Dan daripadanya [yakni daripada hadits-hadits berkaitan dengan] puasa dalam bulan Sya'baan, ialah hadits Sayyidatina 'Aisyah r.'anha yang menyatakan: "Tidak aku melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasa sebulan penuh, melainkan bulan Ramadhan dan tiada aku melihat baginda berpuasa lebih banyak daripada bulan Sya'baan", hadits diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, dan keduanya meriwayatkan juga hadits lain dengan kata-kata: "Tiada baginda berpuasa dalam suatu bulan yang lebih banyak daripada bulan Sya'baan, bahawasanya baginda berpuasa pada keseluruhan bulan Sya'baan", dan bagi Imam Muslim terdapat satu lagi riwayat dengan kata-kata:- "Adalah baginda berpuasa pada bulan Sya'baan keseluruhannya kecuali sedikit."... Kemudian hadits-hadits tersebut tidaklah menafikan hadits yang mengharamkan puasa pada hari-hari selepas nishfu bulan Sya'baan, kerana berlakunya pengharaman tersebut ialah kepada sesiapa yang hanya berpuasa selepas nishfu tersebut dan tidak menghubungkan puasanya [dengan berpuasa pada hari Nishfu Sya'baan (yakni hari 15 Sya'baan)]. Manakala berlakunya keharusan (baca: boleh / jaiz) berpuasa, bahkan sunnat berpuasa, ialah kepada sesiapa yang berpuasa sebelum nishfu lagi dan meninggalkan berpuasa selepasnya [yakni dia berpuasa sunnat pada nishfu pertama bulan Sya'baan dan berhenti setelah nishfunya tersebut]; ATAU dia meneruskan puasanya dengan menghubungkan puasanya itu dengan berpuasa pada hari Nishfu Sya'baan [yakni hari 15 Sya'baan]; ATAU dia tidak menghubungkan puasanya, akan tetapi puasanya pada hari-hari nishfu kedua bulan Sya'baan tersebut ialah puasa kerana qadha' atau puasa nazar atau puasa yang menjadi wiridnya (kebiasaannya). Dan hadits yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Imam Abu Daud, Imam at-Tirmidzi, Imam an-Nasai dan Imam Ibnu Majah, iaitu: "Apabila berbaki separuh daripada bulan Sya'baan, maka janganlah kamu berpuasa sehingga menjelang Ramadhan", adalah jelas pada yang demikan (yakni pada menyatakan haramnya berpuasa pada hari-hari selepas Nishfu Sya'baan).
Murid Imam Ibnu Hajar rahimahUllah, iaitu Syaikh Zainuddin bin 'Abdul 'Aziz al-Malibari, rahimahUllah, menulis dalam karya beliau "Fathul Mu'in"pada halaman 60:-
(Tatimmah) Haram puasa pada hari-hari tasyriq ..., dan demikian pula haram puasa selepas Nishfu Sya'baan, selagi mana ianya tidak berhubung / bersambung dengan hari sebelumnya [yakni hari sebelum 16 Sya'baan iaitu hari 15 Sya'baan] atau jika puasa tersebut tidak muwafaqah dengan adatnya (yakni tidak berbetulan dengan kebiasaannya atau wiridnya); atau jika puasa tersebut bukan puasa nazar atau puasa qadha' walaupun hanya qadha' puasa sunnat.
Penjelasan 'Allaamah Sayyid Muhammad 'Abdullah al-Jurdani dalam "Fathul 'Allam" juzuk 4, halaman 152- 153, pula adalah seperti berikut:-
Dan haram puasa pada nishfu kedua bulan Sya'baan, melainkan jika ianya disambung / dihubungkan dengan hari yang sebelumnya [yakni hari sebelum 16 Sya'baan iaitu hari 15 Sya'baan], walaupun hanya satu hari [yakni walaupun dengan hanya berpuasa pada 15 Sya'baan sahaja] dan hendaklah berkekalan puasa tersebut sehingga ke akhirnya. Maka jika tidak berkekalan, bahkan jika berbuka (yakni tidak berpuasa) dengan uzur sekalipun, tertegahlah atasnya untuk berpuasa lagi dengan tanpa sebab.
Inilah khulasah hukum berpuasa pada nishfu kedua bulan Sya'baan. Harap kita sebagai pengamal Mazhab Syafi'i dapat beri perhatian sewajarnya. Allahlah yang Maha Mengetahui.

Sumber Asal : http://bahrusshofa.blogspot.com

Friday, April 20, 2012

:)


Alhamdulillah..sekian lma stop menulis..hri ni ak nk share kata2 indah yg ak baca dri novel 'lorong kematian'.. :) alhmdulillah..novel ni besh sgt..bnyk pengajaran yg dpt..tp agk susah nk phm sbb mejo dlm bhsa indon..

Bismillahirahmanirahim..

Ya Rabb..
Engkau adalah badai..
Dan aku adalah daun..
Yang ikut terhanyut..
Jatuh bersama-Mu..
Maha Suci Engkau..
Yang membalas hasrat..
Dosa dengan neraka..
luka dengan derita..
Cinta dengan kasih..
Begitu berlimpah..
Airmataku telah habis..
Jatuh bercucuran..
Dab Engkau juga..
Yang memberhentikan..

:))

Ya Allah,jika aku menyembah-Mu 
kerana takut neraka,bakarlah aku didalamnya..
Dan jika aku menyembah-Mu
kerana mengharap syurga,
campakkanlah aku dari nya..
Tetapi kika aku menyembah-Mu
demi Engkau semata,janganlah Engkau
enggan memperlihatkan keindahan wajah-Mu..
yg abadi kpda ku..

-Rabiatul Adawiyah..

masyaAllah.....

Thursday, March 15, 2012

Ghazal untuk Ghazzah

Di sini,tanah tiada debu
darah sudah harum..
dentuman bagai kicauan burung..

Batu jadi peluru,wildan jadi tentera..
kebun epal kini kubu..
lopakan bom dulu ladang zaitun..
inilah lukisan mereka,anak cucu
khinzir dan kera..

Aku bertanya dosa apa,
hakikatnya pahala berganda..

Saat mataku menbaca cerita mereka
kala telingaku memdengar angkara mereka
tanganku betah mengesat air mata..
hatiku membara luka terhina..

adikku di bom,kakak ku ditembak..
bapa saudaraku diburu..
aku hanya mampu disini sumbat karya
dalam pena.Masih riuh di sana anak bangsaku
terkinja mabuk ganja,terlolong nyanyikan bahagia..
hidonisme telah meresap rancuni segala..

Kala itu ada yang cacat bicara..
Maki Bangsa Nabi.Hina mereka..
Aku disini bersama mereka,liat derita
mereka.Rasa perit mereka,dengar tangis semua.
Arab bukan seperti kita.
Mereka berduka,mereka merana..
Sayang mereka juga terkurung di alam
sangkar jajahan purbakala.Batas lutsinar
mekar memenjara.

Aku dpt hidu masa bakal tiba.
Ada bau merdeka,ada aroma bahagia..
Ya kini aku lihat!!
Ghazzah sudah jadi gerbang ke syurga..
Selamat berangkat,tahniah ruh merdeka..

Yang masih di sini carilah sebidang tanah..
semaikan benih pohon-pohon syurga..
Agar berbuah ruh jihad,moga tertunas
pucuk baru bergelar daulah..
Ghazzah kubu terindah sebidang mujahidah.


Siddiq Osman


 

Ghazza Gerbang Syurga

Sedang lena jadi suasana..
kala hiburan penuhi kehidupan..
Ghaza menjerit derita..
kejut dunia ke alam jaga..

Sambil sumbat telinga..
mereka mengutuk jiran yg hangar lara..
Dek mual riak Ummah..
Berarak penuh jalan usung anak angkat rentang..
Mereka menjeling Mujahid terkumat seranah..
Israel di belai manja..
sudahlah hentikanlah..

Ghaza dalam jeda..
Langit dihadap harap..
Dalam doa telunjuk menunding..
Halanya kita
Kau,aku dan mereka..
Mana usaha kita??
Mana bantuan kita??

Darah masih basah..
Tanah kian merah..
Arab mengatakan celaka..
Kami bersama Ghaza..
Setiap masa setiap tenaga..
Celaka apa kalian perkata.
Bukan mereka tiada upaya..
Tetapi raja gila kuasa..
Tenggelam dalam dunia..
Lena dalam fana..
 ................
selepas kemenangan ghaza..

Kemenangan Milik Mukminin.. 



Wednesday, March 7, 2012

Empat Penghalang Dekat pada Tuhan

Imam Al-Ghazali di dalam minhajul abidin menyenaraikan empat ujian yg menghalang manusia utk mendekatkan diri kpda Allah s.w.t

*DUNIA-dunia menghancurkan ramai orang dgn kelazatan dan keindahan.Hari ini ramai org yg menjadi tidak normal kerana mengejar glamor.



*MANUSIA-manusia juga kadangkala menjadi penghalang kebaikan.Suami yg suka mendera isteri dan anak-anak.Pemimpin yg menyalahgunakan kuasa juga sering kali menjadi penghalang kpda kebaikan.



*HAWA NAFSU-hawa nafsu tidak dipisahkan drpa manusia.Apabila tidak dikawal,hawa nafsu menukar manusia menjadi haiwan yg tidak memahami erti tanggungjawab.



*SYAITAN-syaitan ia musuhmu yg nyata.Dia bersumpah utk menghancurkan semua manusia tidak kira siapa mereka.Berwaspadalah...




MAHMOUD AHMADINEJAD

(temu bual Presiden Iran Mahmoud Ahmainejad dgn wartawan majalah Newsweek Lally Weymouth,berikut merupakan adaptasi drp temu bual bkenaan yg diadakan di New York,swaktu beliau menghadiri salah satu acara Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB))

Adakah anda akan menghentikan proses pembinaan dan pembesaran loji nuklear di Iran berikutan desakan Amerika Syarikat dan beberapa negara sekutunya?
Mengapa kami harus akur dgn desakan berkenaan?tidak ada peruntukan pun dlm perjanjian Nuclear Non -Proliferation Treaty(NPT) yg membolehkan AS menghalang kamii drp membina dan mengembangkan kuasa nuklear kami sendiri.Semua negara yg menyertai perjanjian berkenaan mempunyai hak utk membina teknollogi nuklear yg akan digunakan sebagai kuasa alternetif utk keperluan perindustrian negara mereka.

Tidakkan anda pernah berfikir atau mempunyai niat utk menjernihkan hubungan Iran dgn AS?
Kami mmg ingin menjalinkan hubungan baik dgn semua Negara,namun pentadbiran AS atau White House tidak menunjukkan minat ke arah itu.Mereka ingat mereka memiliki semua dunia ini,dan mereka bercakap di atas keyakinan berkenaan serta memandang rendah org lain.Terdapat sesetengah ahli politik di AS yg melihat bahawa projek pengembangan nuklear kami blh dijadikan alasan utk menekan Iran.Namum mereka silap.Sebagai negara yg pernah membina bom nuklear dan menggunakannya,AS tdak blh mendakwa bhwa mereka kini mahu menghentikannya.

Adakah anda benar-benar serius apabila anda membuat kenyataan bahawa Israel perlu dihapuskan drp muka bumi ini?
Kita perlu melihat keadaan di Timur Tengah,dgn peperangan selama 60 tahun,60 tahun tidak mempunyai suara di  peringkat antarabangsa serta konflik yg berpanjangan.Boleh dikatakan tidak sehari pun hari yg aman.Kita perlu menyelesaikan masalah ini dgn melihat kpd akar permasalahan.

Jadi anda berpandangan bahwa Israel adalah akar masalah itu dan perlu dihapuskan?
Cadangan kami adalah jelas.Berilah peluang kpda penduduk Palestin utk menentukan masa dpn mereka dlm pilihan raya mahupun referendum yg adil.Semua pihak harus menerima keputusan referendum itu nanti.Tapi apa yg berlaku,tanah Palestin kini diperintah oleh mereka yg tidak mempunyai hak sama sekali ke atasnya.


Tapi anda pernah membuat kenyataan bahawa Israel perlu dihapuskan drp muka bumi ini.Adakah itu yg anda percaya?
Saya telah membuat kenyataan yg jelas,dan kita lihat peta Timur Tengah sejak 70 tahun lalu.

Jadi jawapan anda adalah "ya" (bahawa israel perlu dihapuskan)?
Adakah temu bual kita ini satu ujian atau peperiksaan(sehingga terpaksa menjaawb soalan anda)?Saya nak tanya anda pula,tidakkah anda mengormati hak rakyat Palestin utk mempertahankan negara merka sendiri?sila jawab,ya atau tidak?

Jika rakyat Palestin bersetuju utk menubuhkan dua negara (Palestin&Israel) di tanah mereka sebagai jalan penyelesaian konflik ini,adakah anda akan menyokong penyelesaian berkenaan?
Buat masa ini Israel sedang menjajah Palestin.Mereka bukan berasal dari Palestin.Jadi mereka mesti kembalikan negara berkenaan kpda yg hak.

Anda juga pernah membuat kenyataan bahawa kisah pembunuhan beramai-ramai rakyat yahudi di German(holocaust) adalah kisah yg digembar-gemburkan.Apakah anda masih berpendirian begitu?
Yalah..ini kisah sejarah dan berapa ramai yg mati,itu tak penting.Tetapi kenapa mereka yg mempersoalkan kejadian berkenaan akan dimarahi dan diperlekehkan?

Mengenai krisis di Iraq.Baru-baru ini Perdana Menteri Iraq Nuri al-Maliki memohon bantuan anda utk menyelesaikan masalah pokitik dalaman ngara itu.Adakah anda membantu?
Kami telah menyokong kerajaan Iraq sejak drp awal penubuhannya,dan kami akan terus menyokong proses pemulihan politik Iraq.

Ramai yg berpendapat bahawa keputusam AS menyerang Iraq adalah kerana Bush merasakan Iraq kini semakin kuat berbanding sebelumnya.Apa pendapat anda?
Anda fikir akan wujud bnyk masalah jika Iran menjadi sebuah negara yg kuat di rantau ini?jika kami menjadi sebuah negara yg kuat,ini akan memberi banyak kelebihan kpda rantau ini,kerana Iran adaalah sebuah negara yg mempunyai asas kebudayaan serta tamadun yg mantap dan sentiasa berada dlm keamanan.

Adakah anda akan terus menyokong kumpulan pengganas seperti Hamas dan Jihad Islan Palestin?
Kenapa anda gelar mereka pengganas?Jika ada kuasa tiba-tiba menjajah AS dan rakyat Amerika bangkit menentang penjajahan itu,adakan anda akan menggelar rakya Amerika yg berjuang itu sebagai pengganas??


Saya katakan mereka pengganas kerana mereka turut membunuh owg awam (Yahudi).
Rakyat Palestin mempunyai hak utk hidup.Gaza dibom bertalu-talu.Rumah-rumah owg awm dimusnahkan (seolah-olah Israel sahaja yg blh membunuh owg awam).

Apakah yg anda mahu AS lakukan?
Saya telah menghantar surat yg menjelaskan apa yg harus Bush lakukan.Saya harap dia memahami apa yg saya maksudkan apabila saya katakan bahawa dia(Bush) harus mengubah sikap dan perangainya.Kami juga sebenarnya tidak suka melihat perasaan atau sentimen benci beliau kedengaran hampir setiap hari di serata dunia.


Berani anda ckp kpda Presiden kami(Bush) supaya mengubah perangainya sedangkan anda kini berada di New York?
Kami hanya mempertahankan maruah kami.




(dipetik dari Majalah Haluan Jun/Julai 2007)

Tuesday, March 6, 2012

suara deringan loceng..
suara deringan loceng menghembusi lilin di kamarku..
mataku melihat suara deringan loceng..
membulat bagaikan bulatan..
melewati sekilas dihadapanku..
menggugurkan bunga-bunga api..
lautan yg tertimbus di dasar tanah mula terbuka..
kilauan kilat dan guruh silih berganti..
gelap dan terang,
air yang sentiasa tenang di tangki-tangki mula berkocak..
loceng dipukul lagi..
bergerak-gerak ke kiri dan ke kanan..
bergerak dan bergerak tanpa henti..
air,logam dan semua isi alam mula bergegar..
gegaran loceng tampak menakutkan..
kelihatan paderi-paderi berkeliaran..
mencari tempat persembunyian..
langkah demi langkah kesemuanya hilang..
tenggelam dalam kegelapan yang abadi..

(najib fadhil,turki)