Friday, August 10, 2012

"Jiran" di Kiri Kanan

Di kiri dan kanan kita ada 'jiran' yg tidak pernah berenggang dgn kita.Antara kita dgn mereka tiada dinding atau hijab.Antara kita dgn mereka juga tiada rahsia.Mereka tahu segala nawaitu,ucapan dan perbuatan kita.Belum lagi kita sempat kemaskini status di dinding facebook,mereka terlebih dahulu mencatat.Pantas.

Apabila hati baru merancang ingin melakukan kebaikan,mereka telah merekodkannya walaupun belum lagi buat.Belum buat sudah diambil kira.Hebat sungguh komitmen mereka,memastikan segala dari hidup kita direkodkan secara sistematik dan tiada satu pun yg tertinggal.

Jika kita mampu berfikir sejenak,agak2 nya 'jiran' kita yg mana lebih sibuk??jiran disebelah kanan atau sebelah kiri??jiran yg mencatat amalan yg baik atau buruk?jiran yg bernama raqib ataupun atid..?

Ada satu cadangan yg menarik utk dikongsi bersama.Boleh kita sama-sama berazam melakukannya?apa kta     kita bg malaikat Atid 'bercuti' atau buat kerja yg paling minimum?Malaikat Raqib memang lebih molek bekerja keras dan lagi bagus kalu tiada masa rehat.Kenapa?kerana itu tanda kita sedang mencari bahagia di dunia dan insyallah akan terus bahagia di akhirat kelak....