Friday, January 20, 2012

kupu-kupu dlm kehidupan

kupu-kupu tetap indah,cantik dan menawan.Biar tika ia hinggap di atas bunga mengirai kepak mengitari alam,malah ketika berada dlm balang.Namun,kasihan kupu-kupu badannya cantik dan mempersonakan tetapi kalu ditambah perkataan malam,maksudnya ke jurang hitam.Hakikatnya,kupu-kupu bukan semuanya keluar malam,sebilangan sahaja yg gemar 'berpeleseran' pada waktu malam demikian itu pun kerana terpedaya oleh cahaya lampu2 di pinggiran jalan.
  Namun,sebilangan besar kupu-kupu ada yang terbang pada waktu siang,hinggap pada bunga-bungaan,menghirup manisan yg tersembunyi di tengah-tengahnya.Kemudian kupu2 terbang lgi dan hinggap di dedaunan yg segar.Sesiapapun pasti terlirik apabila terlihatkan kupu2,sesiapapun ingin memiliki keindahan,kecnatikan,kesempurnaan dan keunikan kupu2 di hujung jarinya.Tetapi sayap kupu2 terlalu mudah berderai apabila ditimpa sesuatu yg tidak dapat ditanggungnya,dan apabila sudah berderai,tiada siapa yg akan inginkannya lagi.Kupu2 pun terbiar dan terus terbiar.Terbiar begitu sahaja tanpa ada lagi insan yg mengasihani akan keadaan dirinya yg kian rosak dan layu menyembah bumi.Itulah sifat persamaan yg ada pada manusia tidak kira lelaki atau wanita.Semuanya hanya mahukan sesuatu yang cantik,indah dan mempersona.
   Wahai wanita dan kupu2,engkau dan kupu2 ini ada persamaan.Wahai wanita dan kupu2,engkau dan kupu2 tamsilan kpda keindahan,kecnatikan,keceriaan dan kelembutan.Duhai wanita dan kupu2,engkau dan kupu2 juga tamsilan kepada kerosakan,kemusnahan,kebencian dan kesombongan!! 
    Demikian wanita telah dijadikan Tuhan untuk menghiasi bumi ini sebagaimana kupu2 dijadikan utk menghiasi bunga-bungaan.Tanpa wanita yg berada di dunia ini,terasa sempit dan tidak seronok utk didiami.Kaum lelaki akan merasa rimas sebagaimana Nabi Allah Adam AS yg pernah dilanda kegelisahan meskipun hidup dipenuhi kenikmatan Syurga.Bermohonlah baginda kepada Allah agar diberi seorang teman,agar bisa baginda berbicara,bersenda gurau dan membina sahsiahnya.Lalu terciptalah Siti Hawa dari tulang rusuk kirinya itu segala kenikmatan Syurga dan di sekelilingnya terasa wujud perasaan yg tiddak tergambar oleh jiwa.
    Ternyata kaum Hawa amat2 diperlukan dalam kehidupan kaum Adam sebagaimana bunga amat perlu kpda suntingan kupu2.Tanpa permaisuri,siapalah lelaki yg bergelar raja,tanpa isteri siapalah lelaki yg bergelar suami,tanpa wanita siapalah yg mahu digelar pemimpin dan tanpa Hawa siapalah maskulin yg mahu digelar ayah?tanpa wanita dan kupu2 sudah tentu lelaki dan bunga menanti bilangan hari2 utk rebah,layu dan mati.Tanpa Siti Khatijah,barangkali Rasulullah SAW tidak mendapat 'dorongan' yg amat diperlukannya.Bukankah baginda perlu terus menyebarkan islam sebagaimana semestinya.Tanpa Aisyah,barangkali banyak hadith Rasulullah SAW tidak sampai kepada umat islam seluruhnya.Tanpa Fatimah az-Zhrah,barangkali Sayyidina Ali tidak muncul sebagai khalifah yg berjasa.Tanpa Asiah,barangkali Nabi Allah Musa AS tidak terbela hingga menjaadi penentang kepada suaminya yg amat2 kufur dan mengaku dirinya sbagai Tuhan itu.Dan tanpa Mashitah,barangkali tidak terbukti betapa wanita boleh berpegang teguh dan kukuh kepada keimanan meskipun maut di depan matanya.Dan akhirnya tanpa wanita siapalah lelaki yg megah di dunia kerana setiap lelaki datangnya dari perut seornag wanita.
   Namun perlu diingatkan,seorang wanita yang menjadi isteri kepada Nabi Allah Nuh AS telah menjadi seorang penentang kepada kebenaran,seorang wanita yg menjadi isteri kepada Nabi Allah Luth AS juga penentang kepada dakwah islamiah dan seorang wanita juga tergamak meletakkan najis unta ke kepala Rasulullah SAW.Dan dalam sejarah manusia sejagat ramai wanita menjadi pendorong kepada kemaksiatan,kekufuran,kehancuran dan kemusnahan lelaki itu sendiri.Renunglah ke dalam diri.
   Alangkah besar dan pentingnya peranan wanita itu dalam kehidupan seorang lelaki,sebagaimana besar dan pentingnya peranan kupu2 dalam pembiakan tumbuh-tumbuhan.
    Tetapi alangkah besar dan hebatnya peranan wanita dalam merosakkan kehidupan lelaki,sebagaimana besar dan hebatnya peranan kupu2 merosakkan dirinya sendiri dengan menerjah ke jurang api!!                                                                                                                           

dipetik dari novel memoir seorang da'i
(Muhammad Roshdan b Dr. Mohd Rosdi)

Sunday, January 1, 2012

demi masa..

masa...adalah sesuatu yg kita tak pedulikan..kita ambel ringan..kita biarkan masa itu berlalu begitu shja..tnpa meninggalkan kesan pada diri ni..TETAPi..Allah mengambil kira setiap benda yg kita kerjakan..sia2 atau sebaliknya..

sesiapa yg menanam kalimat saufa(akan),maka akan tumbuh tanaman la'alla(semoga) dan akan menghasilkan buah laita(harapan) dan rasanya adalah an-nadamah..(penyesalan)..

Ibnu Mubarak dlm kitab az-zuhud menyebutkan bahawa ada seorang tabi'in ketika ajalnya sudah dekat,dia berkata,"saya peringatkan kamu bertapa berbahayanya menangguh-nangguhkan waktu."

Allah S.W.T membiarkan musuhNYA berbuat apa pun yg mereka inginkan sebagaiman disebut dlm firmanNYA:"biarkanlah mereka(di dunia ini) makan dan bersenang-senang dan dilalaikan oleh angan2(drp b'taubat dan insaf) mereka,kelak mereka akan mengetahui (akibat perbuatannya)" (surah Al-Hijr:3)

Sebagaimana ulama tafsir mengatakan,'kerana mereka menggunakan kata saufa,iaitu saya akan bekerja,saya akan menghafal,saya akan belajar,Allah akan memberi mereka ganjaran yg setimpalnya.

Firmah Allah S.W.T yg bermaksud:"maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu (dari tiada kpda ada)sahaja dgn tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu??Dan kamu(menyangka pula) tidak akan kembali kpda Kami?" (al-Mukminun:115)

Rasulullah S.A.W bersabda:
نعْمتا ن مغْبون فيهما كثير من النّاس-الصّحّة والفراغ
Ertinya:ada dua mcm nikmat dilalaikan padanya kebanyakan manusia iaitu nikmat kesihatan dan nikmat waktu.
                                                                                                                                    (H.R.Bukhari)

Rasulullah S.A.W bersabda:
  لا تزول قدما عبْدٍ يوْم القيامة حتّى يسْال عن عمْره فيم أفْنا ه
Ertinya:Tidakkan teranjak kaki seorang hamba pada hari akhirat kelak melainkan setelah ditanyakan kepadanya tentang umurnya kemana dihabiskan.

mari kita sama2 muhasabah diri balik..~